Tentang MudahFaham
Dikemas kini: 19 Oktober 2026
Belajar sampai faham
MudahFaham ialah web app pembelajaran oleh Nextera Solutions, No. Pendaftaran SSM 202603008758 (TR0335556-M). Anak menggunakannya melalui pelayar web pada komputer, tablet atau telefon.
Kami membantu anak memahami konsep melalui penerangan Bahasa Melayu, visual, contoh berpandu dan latihan. Bantuan Cikgu AI serta ringkasan untuk ibu bapa menyokong pembelajaran mengikut rentak anak.
Pembelajaran Tahun 4, 5 dan 6
Pakej Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 masing-masing merangkumi Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan English pada RM49.90 sebulan bagi seorang anak.
Belajar, Latihan, Kuiz, Permainan, Ulang kaji dan Kemajuan disusun mengikut unit atau bab. MudahFaham menyokong pembelajaran bersama guru dan penjaga; ia bukan penilaian rasmi atau jaminan pencapaian.
Lihat pengalaman sebelum melanggan
Demo boleh dicuba tanpa daftar atau kad. Kandungannya ialah contoh terhad dan respons demo dilabel. Butang Cikgu AI sebenar dalam demo dikhaskan untuk langganan aktif.
Pilih bayar sebulan atau pembaharuan bulanan automatik di halaman Harga. Mencuba demo tidak membuat caj atau mandat.
